Monday, November 20, 2017

ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Tajuk : Isteri Untuk Diiktiraf
Penulis : Nurfaza Alisya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-365-250-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

MUNGKINKAH DIA

Tajuk : Mungkinkah Dia
Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0827-5
Mukasurat : 480

Sinopsis
Biarpun tiada janji syurga mahupun janji bahagia, namun Nisa tekad dalam hati, ingin setia dalam berkasih. Meskipun, haruman cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan diri Nisa terasa dipinggirkan, namun Nisa tak mahu biarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.
 
Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pulak kita yang belum buat apa-apa persediaan.
 
Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?
 
Nisa langsung tak hiraukan Naufal walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.
 
Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.
 
Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.
 
Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.
-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-
 
Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?


KEKUATAN NOVEL INI 

NOVEL MUNGKINKAH DIA adalah karya ke-13 ANIS AYUNI selepas novel terdahulu PANDORA BUAT INSYIRAH. Novel yang dihidangkan kali ini bukan sekadar bertemakan cinta biasa tapi mengandungi tema universal yang terkandung di dalam kisah suka duka dan pahit manis dalam bercinta.
 
Nisa yang setia dalam berkasih sanggup mengetepikan rayuan cinta Ryo, jejaka Jepun yang sudah lama menaruh hati kepadanya. Nisa juga langsung tidak menghiraukan Naufal, lelaki yang dikenali secara tidak langsung walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya.
 
Kemunculan peminat misteri melalui kiriman mesej bisu sedikit sebanyak menggoyahkan hati gadis itu dan akan membuat pembaca tertanya-tanya siapakah peminat misteri itu.
 
Istimewanya novel MUNGKINKAH DIA ini ialah penulis membawa pembaca ke El Nido, Pulau Palawan, Filipina dan beberapa tempat lagi di Negara Jepun. Pelbagai emosi sedih diselitkan di saat mengetahui apa yang terjadi kepada huhungan Nisa dan Qashfi.
 
Putus cinta bukanlah bererti berakhirnya hidup ini dan karya ANIS AYUNI kali ini menjadikan seseorang wanita itu lebih kuat dan tabah dalam menghadapi cinta yang sudah ditakdirkan bukan milik kita.

SEMANGAT HUTAN

Tajuk : Semangat Hutan
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
ISBN : 983-124-052-9
Mukasurat : 521

Sinopsis
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Sunday, November 19, 2017

MAKNA KATA SAYANG

Tajuk : Makna Kata Sayang
Penulis : Hanny Esandra
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-321-8
Mukasurat :

Sinopsis
“Hang memang gila seks agaknya. Suka-suka duduk atas perempuan. Senyum pun dah tahu lelaki miang!” – Aimi Ratna.

Blur Hang Anaqi bila berdepan dengan gadis garang yang menuduh dia bukan-bukan. Tak pasal-pasal dapat penampar wanita pula.

“Eh, boleh tak jangan hang-hangkan saya? Jangan guna perkataan hang tu! Guna awak saja dahlah.” – Hang Anaqi.

Alergi sungguh Hang Anaqi dengan perkataan hang. Geram bila Aimi Ratna si gadis utara itu selalu usik dan panggilnya hang. Sengaja buat dia sakit hati.

Pertemuan seterusnya mula menimbulkan rasa suka. Bila sudah suka, ada pula yang tak kena. Yuli si bimbo sakit hati bila dapat tahu Hang Anaqi sudah bernikah dengan Aimi Ratna. Lalu, rancangan jahatnya diaturkan, asalkan dia dapat bersama lelaki idaman.

Perkahwinan mereka diuji. Aimi Ratna berperang dengan rasa cinta dan rasa simpati sampai buta tuli untuk melihat kejahatan Yuli. Hang Anaqi bijak mainkan peranannya supaya perkahwinan mereka tidak teraniaya.

Apa pun yang terjadi, Aimi Ratna tetap setia. Hang Anaqi masih berwaspada. Cinta dan setia harus berada pada lorong yang sama.

Saturday, November 18, 2017

7 LAUTAN KUCARI CINTA

7 Lautan kucari Cinta Dm or whatsaap📱 0149642677 #novelmelayu #novelcinta #novelmurah #gilenovel RM22.90 `````` Sinopsis Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam ~ Cici. Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku ~ Armando. Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka telah jatuh cinta. Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah 7 lautan meyatukan cinta mereka?

RED VELVET

Tajuk : Red Velvet
Penulis : Acik Lana
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-24-1
Mukasurat : 576
Berat : 

Sinopsis
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

SURI HATI MR.HUSBAND

RM17.00





SINOPSIS Pada asalnya buku ini kelihatan tidak mustahak. Namun apabila membaca dengan tekun dan teliti, ia memberi satu pilihan besar kepada wanita akhir zaman.- Prof.Muhd Kamil Ibrahim

MILIK ENGKAU SAJA


Tajuk : Milik Engkau Saja 
Penulis : Acik Lana
Harga : RM38.00
ISBN : 9789671286012
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

"Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?

Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

MAKMUN YANG PALING AKU CINTA


Tajuk : Makmum Yang Paling Aku Cinta
Penulis : Aii Fariza
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-45-1
Mukasurat :

Sinopsis
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

“Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.”  ~ Kata salah seorang Syed!

Thursday, November 16, 2017

LEGASI TOMBIRUO


Legesi Tombiruo 
Penulis : Ramlee Awang Murshid 
ISBN : 978-967-446-392-2 
Mukasurat : 560 
Status Stok : TIADA (DIBUKA UNTUK PRE-ORDER SAHAJA) 

Dm or Whatsaap +60149642677  

Sinopsis 

EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur.  Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini.  Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.

MR.LONDON MS.LANGKAWI

Tajuk : Mr. London Ms. Langkawi Penulis : Herna Diana Harga : RM21.00 ISBN : 978-983-124-894-2 Mukasurat : 512 Sinopsis Aidid Mukhl...