Sunday, December 10, 2017

MR.LONDON MS.LANGKAWI

Tajuk : Mr. London Ms. Langkawi
Penulis : Herna Diana
Harga : RM21.00
ISBN : 978-983-124-894-2
Mukasurat : 512

Sinopsis
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Tuesday, December 5, 2017

UNGU KARMILA

Tajuk : Ungu Karmila
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-124-327-5
Mukasurat : 480

Sinopsis
ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Sunday, December 3, 2017

IMPIAN KASIH

TAJUK: IMPIAN KASIH
PENULIS: ANIS ASHIKALI
ISBN NO: 978-967-0907-70-3
HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)
BLURB:
NUR IDDYA MELISSA… Sungai Melaka yang gah menjadi tempat pilihannya untuk membunuh diri. Dia terlalu kecewa dengan cinta. Namun ada yang prihatin akan keselamatannya.
“Awak, jangan!” –Izdham
“Jangan awak berani-berani nak halang saya! Pergi! Saya tak ada urusan dengan awak!” – Melissa
“Awak tak takut dibaham buaya ke?…” – Izdham
“Buaya ke, tak buaya ke, saya punya sukalah nak buat apa pun!” – Melissa
UMAR IZDHAM SYAH… Gadis seiras Zooey Deschanel itu menjadikan dia sanggup merentasi gunung bersalji. Sejak pertemuan pertama yang tidak manis itu, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandinya juga tak basah. Sikap dingin dan beku Melissa tidak pernah mematahkan semangatnya.
“Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah macam ni.” – Melissa
“Saya nak awak. Kita kahwin jom?” – Izdham
Saat huluran kasih Izdham Syah ingin bertaut, Melissa menepis sehabis usaha, serik maruah dan keluarganya dihina.
Berkali-kali Izdham mencuba. Namun tika hatinya yakin cinta gadis itu miliknya, dia diduga. Sangkanya Melisa berpaling pada memori silam. Tapi sebenarnya dia yang tersalah sangka.
“Okay, kalau awak tak suruh saya datang… saya baliklah. Jangan lupa, datang majlis saya ya!”
Potongan apple caramel membentuk perkataan “Its you, I want!” yang dihiasi dengan bermacam jenis gula, coklat dan kacang di dalam bakul memberi jawapan pada cintanya. Bahagia… namun, ikatan perkahwinan yang dimeterai hampir karam angkara Wan Zamilah. Nyawa isterinya pula menjadi taruhan. Saat dia tersedar daripada kekhilafan, isterinya pula hilang ingatan. Menjadi pesakit Anterograde Amnesia dan Retrograde Amnesia, bukan suatu yang mudah untuk Iddya Melissa mahupun Izdham Syah.
Antara realiti dan angan-angan cinta, mampukah mereka bertemu semula di garisan memori demi menggapai bahagia yang hakiki? Rumah tangga yang dibina seindah warna syurga… mampukah dipertahankan sehabis daya, jika jalan cinta mereka penuh onak dan duri?

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU

Tajuk : Izinkan Aku Jadi Sayapmu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0890-92 

Sinopsis
Sofeatululaishah a.k.a Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk). Gadis yang digelar bendul dan jendul ini ialah staf baru di syarikat Menara Rumah Manis. Entah mana silapnya, dia selalu menjadi ‘mangsa’ Chairil Razlan. a.k.a Chairil Cougar, pewaris tunggal Menara Rumah Manis yang sangat anti dengan cara hidup orang perempuan ‘moden’. Buktinya, dia haramkan staf memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram!

“Isu global dia orang ni tak habis-habis nak buang selulit. Pakai kasut baru beli pun nak tayang. Tak pasal-pasal tunjuk kuku kaki cagu, kulit kaki berkerak daki! Tolonglah... Paling tak tahan, IQ tahap tujuh kerak bumi bila selfie dalam jamban awam! Apa masalah ya??? Macam tu kau nak suruh aku berbini cepat! Boleh pupus baka cerdik aku di muka bumi ni!” – Chairil Razlan

Tapi Pia Pemuk, dia lain dari yang lain. Susah ‘dibeli’. Malah, mana nak cari perempuan yang cekal memandu kereta Fiat lama manual itu? Kereta yang lantainya nampak jalan tar! Sungguh Pia Pemuk sangat tabah orangnya.

Siapa kata kita menangis untuk Tuan Chairil? I won’t cry for you, my mascara is too expensive. Dulu kata I Pendek Gemuk, ni apa kes tiba-tiba nak kata I sweet and juicy?” - Sofeatulaishah

Namun perlahan-lahan dalam diam, ego dan keangkuhan Chairil terjentik dengan ketenangan Pia Pemuk @ Sofeatulaishah menghadapi masalah. Dibuli Effa, perempuan si muka ketat pun Sofeatulaishah masih mampu tersenyum. Hebat. Harus Chairil akui, Pia Pemuk ini istimewanya ibarat dinginnya air di pergunungan. Sejuk dan menenangkan.

Bagi Sofeatulaishah pula, dia sedar dirinya hanya kuli, masuk ke Menara Rumah Manis pun atas bantuan orang dalam. Jadi dia hanya bertahan dan bersabar walaupun sudah beberapa kali dia menaip surat berhenti kerja. Sifat garang Chairil di ofis seperti cougar kadang-kadang meresahkan Sofeatulaishah. Tapi Pia tahu, Chairil, jejaka yang pada awal difikirkannya abang jaga parking itu baik juga hatinya.

“Kalau aku kahwin, agak-agak anak aku comel tak macam sepupu kenit aku tu? Confirm comel kan kalau ikut muka aku? Tapi kalau bini macam kau, aku rasa rupa anak aku nanti macam ikan termenung, kut! – Chairil Razlan

WARNA HATI

ajuk : Warna Hati
Penulis : Naniey Tj
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-18-2 

Sinopsis
Zara Arissa hanyut dalam mencari kasih sayang dan perhatian dari orang tuanya. Sikap biadap dan kasar menutupi sekeping hati yang kosong serta dingin. Demi mengubah kehidupan anaknya, Megat Zaid sanggup mengatur perkahwinan, Zara Arissa dengan Tengku Irsyad anak sahabat baiknya sendiri.

Bagi Zara Arissa, tindakan papanya suatu arahan yang menyakitkan hati dan jiwa. Bukan kasih sayang suami yang dipinta, cuma perhatian papa dan mama yang didamba. Walau bagaimana kuat mengelak, dua jiwa selamat jua disatukan.

“Memang semua orang buat salah, tapi mama dengan papa tak pernah nak betulkan salah sendiri. Yang lebih mengjengkelkan lagi, you’ll sanggup lepaskan tanggungjawab sebagai parent kepada orang lain” – Zara Arissa

Bermacam helah dibuat supaya dia boleh pergi jauh daripada peraturan hidup yang di atur oleh papanya. Walau jauh beribu batu dia lari, bahagia tetap tidak di temui. Perkahwinan yang diatur seperti tidak mampu menghadirkan perubahan dalam diri Zara Arissa.

“Buktikan pada aku. Buktikan diri kau, perempuan bermaruah.” – Tengku Irsyad

“Untuk apa aku buktikan pada kau? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku!”- Zara Arissa

Kehadiran Ekmal, kekasih lama mengisi semula kekosongan dihatinya. Tanpa diduga Ekmal yang di cintai rupanya milik orang. Kekecewaan menyedarkan Zara Arissa dari kealpaan dunia lantas membawanya mengenali diri yang jauh dari penciptanya. Dia mula redha dalam menerima jodohnya sendiri.

Sukar merebut hati seorang suami, kerana kesetiaan Tengku Irsyad hanya untuk Linda, kekasih awal dan akhirnya. Tambah menyesakkan dada, kehadiran Tengku Laili yang menyakitkan hati dan cuba meruntuhkan rumahtangganya membuatkan Zara Arissa bertambah kuat untuk mempertahankan mahligai yang telah terbina. Saat diri sudah berjanji setia dalam mencari bahagia, hati Zara Arissa terguris luka. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Kerana cinta sejati, abadinya di hati.

ISTERI UNTUK DIIKTIRAF


Saturday, December 2, 2017

ALAHAI MISS BLUR

Tajuk : Alahai Miss Blur
Penulis : Ayra Zahra
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-36-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tak perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur!

Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta!

Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hailah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku?

Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, dia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya.

Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata-kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini.

“Dah, kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni,”-Hadif

Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan daripada Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulur oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar.

Mampukah Hadif Fakhri kembali menyatakan sayang pada Awatif dan dapatkah dia mempertahankan Awatif pada Farhan Redza?

“Ehem… Saya tak akan benarkan awak jatuh pada tangan sesiapa, Awa. Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya nak awak jadi isteri saya.”

Nurain Awatif, hidupnya biasa sahaja tapi cintanya direbut dua jejaka. Alahai miss blur!

MR.HOT GUY

Tajuk : Mr. Hot Guy
Penulis : Danisyarahmat
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-17-5

Sinopsis
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”

“I tinggalkan you”

“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?”

“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”

“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”

“Boleh… Tapi ada syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.

Kaedah pertama Gold and diamond

Kaedah kedua Hugs and Kisses

Kaedah ketiga Sleep tight

Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

“Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!”

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

Tajuk : Surga Yang Tak Dirindukan 2 
Penulis : Asma Nadia
Harga : RM43.00

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 1


Tajuk : Surga Yang Tak Dirindukan
Penulis : Asma Nadia
Harga : RM39.00
ISBN : 9786029055214
Muka surat : 320

Sinopsis
Tak kusimpan rahasia pada Hawa meski tak juga kuceritakan semua bahwa padanya hanya ada sedikit cinta Apa artinya rumah jika tak lagi menjadi pelabuhan yang ramah bagi hati seorang suami? Apa jadinya surga jika ia tak lagi dirindukan? Benarkah dongeng seorang perempuan harus mati agar dongeng perempuan lain mendapatkan kehidupan? Ah. Istana yang retak-retak. Peristiwa tragis dan e-mail aneh dari gadis bernama Bulan. Pertanyaan yang terus mendera : “Jika cinta bisa membuat seorang perempuan setia pada satu lelaki, kenapa cinta tidak cukup membuat lelaki bertahan dengan satu perempuan?” Sementara seseorang berjuang melawan Tuhan, waktu dengan sabar menyusun keping-keping puzzle kehidupan yang terserak, lewat skenario yang rumit namun menakjubkan.

Monday, November 20, 2017

ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Tajuk : Isteri Untuk Diiktiraf
Penulis : Nurfaza Alisya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-365-250-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

MUNGKINKAH DIA

Tajuk : Mungkinkah Dia
Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0827-5
Mukasurat : 480

Sinopsis
Biarpun tiada janji syurga mahupun janji bahagia, namun Nisa tekad dalam hati, ingin setia dalam berkasih. Meskipun, haruman cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan diri Nisa terasa dipinggirkan, namun Nisa tak mahu biarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.
 
Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pulak kita yang belum buat apa-apa persediaan.
 
Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?
 
Nisa langsung tak hiraukan Naufal walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.
 
Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.
 
Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.
 
Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.
-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-
 
Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?


KEKUATAN NOVEL INI 

NOVEL MUNGKINKAH DIA adalah karya ke-13 ANIS AYUNI selepas novel terdahulu PANDORA BUAT INSYIRAH. Novel yang dihidangkan kali ini bukan sekadar bertemakan cinta biasa tapi mengandungi tema universal yang terkandung di dalam kisah suka duka dan pahit manis dalam bercinta.
 
Nisa yang setia dalam berkasih sanggup mengetepikan rayuan cinta Ryo, jejaka Jepun yang sudah lama menaruh hati kepadanya. Nisa juga langsung tidak menghiraukan Naufal, lelaki yang dikenali secara tidak langsung walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya.
 
Kemunculan peminat misteri melalui kiriman mesej bisu sedikit sebanyak menggoyahkan hati gadis itu dan akan membuat pembaca tertanya-tanya siapakah peminat misteri itu.
 
Istimewanya novel MUNGKINKAH DIA ini ialah penulis membawa pembaca ke El Nido, Pulau Palawan, Filipina dan beberapa tempat lagi di Negara Jepun. Pelbagai emosi sedih diselitkan di saat mengetahui apa yang terjadi kepada huhungan Nisa dan Qashfi.
 
Putus cinta bukanlah bererti berakhirnya hidup ini dan karya ANIS AYUNI kali ini menjadikan seseorang wanita itu lebih kuat dan tabah dalam menghadapi cinta yang sudah ditakdirkan bukan milik kita.

SEMANGAT HUTAN

Tajuk : Semangat Hutan
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM19.90
ISBN : 983-124-052-9
Mukasurat : 521

Sinopsis
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

MR.LONDON MS.LANGKAWI

Tajuk : Mr. London Ms. Langkawi Penulis : Herna Diana Harga : RM21.00 ISBN : 978-983-124-894-2 Mukasurat : 512 Sinopsis Aidid Mukhl...